(VIDEO)”Lain Macam ‘Plot Twist'”- Baru Nak ‘Prank’ Balik, Wanita Terkejut Diajak Kahwin ‘Scammer’ LHDN

Kehidupan

(VIDEO)”Lain Macam ‘Plot Twist'”- Baru Nak ‘Prank’ Balik, Wanita Terkejut Diajak Kahwin ‘Scammer’ LHDN

Sindiket ‘scammer’ atau penipuan melibatkan atas talian sejak kebelakangan ini semakin menjadi-jadi di Malaysia.

Namun, pendedahan demi pendedahan telah berjaya membuatkan orang ramai lebih cakna dan peka serta boleh dikatakan sudah dapat membaca ‘taktik’ para penipu ini.

Advertisement

Seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita ini di TikTok, dia ada membuat cubaan untuk mengenakan kembali seorang ‘scammer’ yang cuba untuk menipunya namun terdapat ‘plot twist’ pula!

Dalam video yang dimuat naik oleh @wanzlinrashidd ini, dia dan rakannya sedang cuba mengenakan seorang ‘scammer’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Namun setelah ‘kantoi’, scammer tersebut terus mengajaknya untuk berkahwin sekaligus membuatkan wanita tersebut tergamam dan terkejut.

tiktokSumber : TikTok  

Reaksi wanita itu ternyata telah membuatkan netizen terhibur dan ada juga yang berseloroh mengatakan wanita itu mungkin bertemu jodoh dengan seorang ‘scammer’.

Macam-macam hal!

tukar duit raya dapat duit rosak
2 years ago

(VIDEO) "Koyak, Ada Selotape.." - Penat Beratur 3 Jam, Wanita Kecewa Tukar Duit Dapat Yang 'Recycle'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...