(VIDEO)”Family Pun Tak Tahu Nak Nikah”- Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin ‘Last Minute’

Kehidupan

(VIDEO)”Family Pun Tak Tahu Nak Nikah”- Gadis Luah Perasan Bakal Suami Batal Majlis Kahwin ‘Last Minute’

Seorang wanita menghadapi peristiwa pahit apabila mahligai bahagia yang ingin dibina hancur musnah gara-gara bakal suaminya enggan berkahwin di saat akhir majlis akan diadakan.

Wanita yang dikenali sebagai Ain ini turut memuat naik video kronologi kejadian di TikTok miliknya sebelum menjadi tular di media sosial.

Advertisement

Kata Ain, perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 24 Julai 2022 itu telah dibatalkan setelah lelaki berkenaan memaklumkan bahawa dia enggan meneruskan perhubungan tiga hari sebelum majlis berlangsung.

Terduduk mendengar keputusan itu, Ain enggan mengalah dan berjumpa dengan lelaki itu kerana ingin menyelamatkan keadaan.

Pukul 3 pagi saya sampai Shah Alam tunggu dia habis kerja pukul 5 pagi, saya pujuk dia balik Kedah sama-sama, tarik tangan tapi dia tetap cakap tak boleh. Sebab kerja, tak cuti.

Kata Ain, lelaki yang dikenalinya sejak Mac tahun lalu tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik sebelum dia membatalkan pernikahan mereka.

TikTok Ain tak jadi kahwinSumber : TikTok  

Malah, Ain yang membelanjakan kebanyakan wangnya bagi urusan majlis seperti baju pengantin, makanan, hantaran terpaksa gigit jari kerana wang tersebut ‘hangus’ begitu saja.

Mengakui masih berasa sedih dengan apa yang terjadi, Ain berkata bahawa dia reda dan memaksa diri untuk sentiasa kuat menghadapi dugaan seperti itu.

“Apa yang boleh saya sampaikan, adat kita cantik, persediaan untuk perkara-perkara begini kena ada seperti hantaran, merisik dahulu, bertunang dahulu, perbincangan itu kena detail, surat hitam putih perjanjian kena ada” ujarnya lagi.

homestay penuh tin arak
5 bulan lalu

(VIDEO)"Party Tak Ingat Dunia"- Tular Video Penginap 'Homestay' Rosak Harta Benda, Kolam Penuh Tin Arak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Sed

    July 26, 2022 at 9:48 am

    Actually pompuan tu yg curang. Dah nak nikah pun still keluar dgn jantan, and ada minta maaf kat lelaki tu, tp tak tunjuk pun. Lelaki tu ada tunjuk kt tiktok dia ipanamirul. Pompuan ni play victim je padahal dia yg problematic. Last2 laki jugak disalahkan

  2. Anonymous

    July 25, 2022 at 5:56 pm

    Sng jd llk

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...