(VIDEO)Elyana Terasa Hati Dengan Datuk Seri Vida, Nafi Pernah Minum Pamoga

Hiburan

(VIDEO)Elyana Terasa Hati Dengan Datuk Seri Vida, Nafi Pernah Minum Pamoga

Perjalanan Elyana dalam Gegar Vaganza 2017 (GV4)  terhenti 26 November lepas apabila tersingkir dari pertandingan itu. Namun sewaktu membuat ucapan apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza, Elyana mengejutkan ramai pihak bila Elyana mengumumkan bahawa dia sedang menghidap sakit kanser limfoma tahap empat.

Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selepas Elyana membuat pengumuman, Elyana telah ditemubual oleh Datuk Seri Vida (DSV) dan dia mengatakan tenaganya bertambah setelah minum Pamoga. DSV dalam video temubual itu juga mengatakan Pamoga boleh membantu menyembuhkan kanser di mana kanser tahap empat boleh turun menjadi tahap dua.

Namun begitu, semalam melalui Instagram Live, Elyana membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah minum Pamoga kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.

Menurut Elyana, dia mengatakan dia minum Pamoga kerana berbudi bahasa dengan DSV, namun kini dia enggan berbuat demikian.

Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula. Manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah cuba.

Hari itu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas itu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti.

Rakaman InstaLive itu boleh ditonton di bawah:

Menurut sumber penulis, Elyana terasa kerana DSV tidak bersetuju dengan keputusan dari sistem undian like peserta GV4 paling banyak yang berpihak kepada Elyana, sedangkan sistem itu dibuat oleh DSV sendiri, sehinggakan ada yang mengatakan Elyana menggunakan program auto-like untuk dapat like paling banyak.

Sumber itu mendakwa, logiknya, Elyana tidak perlu berbuat demikian kerana dalam kalangan semua peserta GV4 , Elyana yang paling ramai peminat.

Sebelum ini, kenyataan DSV bahawa Pamoga mampu menurunkan tahap kanser dari tahap empat ke tahap dua mendapat perhatian pengamal perubatan dan pesakit kanser yang merasakan kenyataan DSV bahawa Pamoga boleh membantu menyembuhkan sakit kanser mengelirukan orang ramai. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...