(VIDEO) Walaupun Hanya Lakonan, Izreen Azminda Sebak Dapat Naik Pelamin Sekali Lagi

Hiburan

(VIDEO) Walaupun Hanya Lakonan, Izreen Azminda Sebak Dapat Naik Pelamin Sekali Lagi

Dihimpit pelbagai kontroversi dan kecaman sehingga dilabel sebagai perampas, perkahwinan pelakon Izreen Azminda bersama pemuzik Ude Wahid tidak mendapat restu ramai apatah lagi ketika itu mereka berkahwin secara senyap.

Advertisement

Semalam, Izreen dan Ude sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila tiba-tiba sahaja mengadakan majlis persandingan di sebuah villa mewah. Lengkap dengan tiga persalinan sekaligus, majlis tersebut tidak dinafikan nampak begitu memukau dan meriah.

Namun, disebalik segala kemeriahan, majlis tersebut sebenarnya hanya lakonan sahaja. Walaubagaimanapun, Izreen tetap merasa bersyukur dan tidak dapat menahan rasa sebaknya kerana diberikan peluang untuk naik pelamin sekali lagi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang merealisasikan impiannya itu.

Terdahulu, pengakuan Izreen yang sudah bernikah secara rahsia bersama Ude pada Ogos 2017  menggemparkan peminat dunia hiburan tempatan kerana perkahwinan itu tidak mendapat keizinan isteri pertama Ude ketika itu  aitu Intan Liana . Dikecam sebagai pemusnah kebahagiaan wanita lain, Izreen tampil memberitahu beliau tidak berniat meruntuhkan masjid yang dibina sebaliknya hanya “extend” sahaja masjid itu.

Sumber Berita & Video : Facebook Villa D’Acqua Homestay Masjid Tanah

Kredit Foto : Amir Naufal Photography

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...