Video Viral Penuh Kontroversi Cara Baru Untuk Artis Lebih Popular? – Fauziah Nawi

Hiburan

Video Viral Penuh Kontroversi Cara Baru Untuk Artis Lebih Popular? – Fauziah Nawi

Kes mengenai video viral penuh kontroversi yang melibatkan artis di Malaysia semakin menjadi-jadi, antara yang menjadi bualan hangat bulan lepas adalah kes Fathia Latiff yang menerima pelbagai kecaman daripada netizen kerana menari mendedahkan aurat di Bigo Live bersama rakannya, Natasha Elyzza.

Advertisement

Isu ini juga turut mendapat perhatian pelakon senior dan dihormati ramai iaitu Fauziah Nawi yang tertanya adakah terlibat dengan video penuh kontroversi cara baharu untuk seseorang artis itu meraih populariti?

Saya tertanya-tanya juga, adakah itu cara mereka untuk popular? Sayang sekali, sudahlah orang di luar sana ramai yang tidak suka dengan kerjaya anak seni ni, ada yang tidak faham dan mengutuk, kemudian wujud artis yang nak buat perkara tidak elok pula? Ibarat setitik nila, rosak susu sebelanga, semua orang kena, saya pun terasa.

Menurut Fauziah, ada banyak lagi cara untuk lebih popular termasuk memantapkan lagi mutu lakonan. Janganlah jadikan bidang seni sebagai satu tiket untuk memalukan diri. Fauziah juga memberitahu mereka yang terlibat dalam kontroversi tidak seharusnya menyalahkan peminat sekiranya dikecam dan bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka.

Sumber Berita : Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...