(VIDEO) “Urat Malu Dah Putus” – Da’i Syed Dikecam Menari Tarian Marawis, Netizen Ramai ‘Back Up’

Hiburan

(VIDEO) “Urat Malu Dah Putus” – Da’i Syed Dikecam Menari Tarian Marawis, Netizen Ramai ‘Back Up’

Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan pasangan pengantin baru, Da’i Syed dan isterinya Hana Ismail meraikan majlis resepsi hari bahagia mereka di Magica Hall, Monterez Club Shah Alam pada hari Sabtu yang lalu.

Dalam video tersebut, kelihatan Da’i Syed gembira menari satu tarian yang dinamakan tarian Marawis yang difahamkan tradisi keturunan Arab bagi meraikan pasangan pengantin baru.

Advertisement

Walau bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan tingkah laku Da’i Syed yang dikatakan terlalu leka berhibur di hari bahagianya.

Kata netizen, pendakwah bebas itu seolah-olah tiada perasaan malu dan sepatutnya menjaga imej sebagai lelaki yang baru berkahwin.

Menari lagu orang putih “majlis itu haram”, menari lagu Arab, “majlis itu berkah”.

Namun begitu, ada juga yang tampil menerangkan asal usul tarian Marawis itu dan menasihatkan netizen yang tidak berpuas hati agar menyelidik terlebih dahulu sebelum melemparkan kata-kata yang menghiris hati.

Tu kan hari bahagia dia, biarlah dia nak meraikan tak salah pun. Doakan kebahagian mereka hingga ke syurga lagi bagus daripada kecam-kecam.

Terdahulu, Da’i Syed dan isteri Hana Ismail telah selamat mendirikan rumah tangga pada hujung minggu yang lalu setelah beberapa bulan berkenalan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Joy Revfa
1 year ago

"Awww Sweet Sangat!" - Masih 'Single', Joy Revfa Minta Da'i Syed Carikan Bakal Suami Untuk Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...