(VIDEO) “Undang-Undang Mana Ni?” – Peniaga Letak Syarat Kena ‘Spend’ RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket

Kehidupan

(VIDEO) “Undang-Undang Mana Ni?” – Peniaga Letak Syarat Kena ‘Spend’ RM20 Baru Boleh Beli Minyak Masak Paket

Viral di media sosial Twitter, satu hantaran video memaparkan seorang peniaga di sebuah pasar raya terkenal didakwa meletakkan syarat untuk membeli minyak masak paket.

Menerusi video tersebut, dilihat pelanggan yang datang telah berasa tidak berpuas hati apabila peniaga itu meletakkan syarat untuk berbelanja RM20 terlebih dahulu.

Advertisement

Malah, penjaga kaunter pasar raya terbabit turut telah menyembunyikan minyak masak yang ingin dibelinya.

Mana ada undang-undang macam ni, belanja RM20 dulu baru boleh beli minyak. Saya orang Malaysia, saya nak beli juga saya tak kira.

Menjengah di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut tidak bersetuju dengan syarat yang diletakkan pasar raya tersebut dan meminta agar pihak berkuasa memantau perkara itu dengan segera.

Sampai macam ni sekali nak hidup dekat Malaysia sekarang – netizen.

Bukan dekat sini je dekat tempat aku pun sama kalau orang nak beli minyak masak kena belanja RM30 baru dapat beli,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pakcik
5 bulan lalu

(VIDEO) "Saya Nak Balik.." - Disedekah Duit, Gelandangan Tak Mahu Terima Tapi Hanya Minta Tolong Carikan Waris

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...