(VIDEO) Umpan Jajan & Heret Keluar, Idea Tadika Buat Demo Elak Diculik Dipuji Netizen

Kehidupan

(VIDEO) Umpan Jajan & Heret Keluar, Idea Tadika Buat Demo Elak Diculik Dipuji Netizen

Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar berita-berita di media massa mengenai cubaan menculik kanak-kanak tidak kiralah di sekolah mahupun di tempat awam.

Kita mungkin sudah berpesan kepada si kecil agar tidak mengikuti orang asing yang mengajak untuk bermain dan sebagainya namun usaha seperti itu tidak mencukupi.

Advertisement

Seperti satu video yang tular ini, sebuah tadika tidak dapat dipastikan lokasinya ada menganjurkan demonstrasi situasi culik kepada kanak-kanak seliaan mereka yang ternyata telah mencuri perhatian netizen.

Dalam video tersebut, seorang guru telah berpakaian tertutup dan cuba ‘mengumpan’ kanak-kanak yang ada dengan coklat. Bagi yang terpedaya dan mengambil jajan tersebut, mereka segera diangkut keluar daripada tadika.

Namun, ada juga yang tidak terpedaya dan enggan mengambil coklat yang diberi ‘penculik’ itu malah menangis-nangis meminta perhatian seolah memahami guru berselubung itu tadi adalah orang jahat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan idea demo berkenaan sebagai bernas dan boleh dipraktikkan oleh pengusaha pusat jagaan dan juga tadika di luar sana.

TikTokSumber : TikTok  

Benda-benda macam ni bagus. Sebab budak-budak dia lebih peka dengan apa yang dia nampak dari apa yang kita pesan atau cakap.

Bagus juga idea ni! Barulah si kecil faham apa yang ibu bapa mereka cuba sampaikan di rumah tu kan..

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

imelda
2 bulan lalu

“Terpaling Syurga” - Lelaki 'Claim' Isteri Mudah Bersalin Sebab Dah Ampunkan Dosa Isteri, Ini Respon Dr Imelda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...