(VIDEO) “Tolonglah Ada ‘Common Sense’…” – Pelanggan Tergamak Sepahkan Kotak Kasut Di Pusat Beli Belah

Kehidupan

(VIDEO) “Tolonglah Ada ‘Common Sense’…” – Pelanggan Tergamak Sepahkan Kotak Kasut Di Pusat Beli Belah

Apabila syawal semakin hampir, ramai orang membuat persiapan untuk menyambut hari raya seperti membeli barang-barang raya di pusat membeli belah. Antara benda yang wajib dibeli adalah baju raya.

Setelah 2 tahun rakyat Malaysia tidak dapat menyambut aidilfitri dengan sempurna dek kerana virus Covid-19, tahun ini merupakan tahun yang dibolehkan beraya tanpa sekatan untuk melepasi sempadan negeri dan pusat membeli belah juga dibolehkan beroperasi sehingga 10 malam.

Advertisement

Tak dinafikan, pusat beli belah kini meriah dengan kedatangan pengunjung, akan tetapi sesetengah pengunjung tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap pekerja -pekerja yang bekerja di situ.

Itulah yang terjadi di salah satu pusat membeli belah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Bellashariman, di mana keadaan di bahagian kasut kanak-kanak berada dalam keadaan tunggang-langgang akibat pengunjung yang tidak mempunyai hati perut.

Dalam keadaan sebegini, sudah tentu staf yang bekerja di situ perlu mengemas semula benda-benda yang telah diselerakkan dan juga pada masa yang sama perlu melayan kerenah pelanggan yang datang ke tempat tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan tindakan pengunjung yang tidak bertanggungjawab seperti itu.

 Oleh kerana itu, pelanggan perlulah mempunyai ‘common sense’ dalam segala perkara yang dilakukan. Walaupun mengemas dan melayan pelanggan itu adalah tanggungjawab staf yang bekerja di situ, tetapi pelanggan juga perlu memberi kerjasama agar masing-masing dipermudahkan dalam segala urusan.

2 years ago

Jom Meriahkan Lagi Hari Raya Aidilfitri Pada Tahun Ini Dengan 'Raya Bundle' Christy Ng!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER :
@bellashariman #ad Aduhh malu tengok ! #mental #raya2022 #viral #fyp ? Sedih - Instrumental - Asraf Studio
" target="_blank"> TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...