(VIDEO) Tiada Lesen Niaga, Barang Jualan Terabur Atas Jalan Didakwa Dibuang Pihak Berkuasa?

Kehidupan

(VIDEO) Tiada Lesen Niaga, Barang Jualan Terabur Atas Jalan Didakwa Dibuang Pihak Berkuasa?

Bulan Ramadan ini ramai yang mencari rezeki dengan menjual makanan demi sesuap nasi ataupun untuk mencari sedikit wang untuk menyediakan persiapan raya.

Tetapi di Malaysia, kita memerlukan lesen untuk berniaga dan jika peniaga tidak mempunyai lesen, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan kepada peniaga tersebut.

Advertisement

Walau bagaimanapun, tiada lesen untuk berniaga tidak menjadi sebab untuk pihak berkuasa bertindak secara tidak wajar kerana segala perkara boleh diselesaikan dengan cara baik.

Itulah yang ditunjukkan dalam perkongsian video TikTok, di mana seorang wanita menangis teresak-esak mengumpul semula makanan yang berterabur di atas jalan. Dikatakan wanita itu juga akan diambil tindakan dan semua jualannya juga tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan pemilik video itu, ada juga video yang diperolehi dari ‘group’ WhatsApp, dikatakan insiden itu terjadi di Johol, Kuala Pilah.

Ada juga video yang menunjukkan saat-saat berlakunya salah faham antara suami kepada wanita yang berniaga itu dengan pihak berkuasa. Tindakan pihak berkuasa itu tidak dapat diterima kerana perniagaan itu hanya dilakukan di hadapan rumah.

Selain itu, ada juga sumber menyatakan bahawa tindakan membuang makanan di atas jalan bukanlah tindakan daripada pihak berkuasa tersebut tetapi suami kepada wanita itu.

2 years ago

(VIDEO) Pengunjung Bazar Ditegur Tak Tutup Aurat, Kena Ceramah Dengan Penguatkuasa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Redaksi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...