(VIDEO) Terpalit Isu Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Mohon Maaf?

Hiburan

(VIDEO) Terpalit Isu Pukul Anak Angkat, Aliff Syukri Mohon Maaf?

Nama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, sering terpalit pelbagai kontroversi hangat. Baru-baru ini, dia sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila telah disyaki memukul anak angkatnya hanya demi meraih publisiti.

aliff syukri mohon maaf pukul anak angkat

Advertisement

Tidak dinafikan, kontroversi itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya dan rata-rata netizen mengecamnya. Malah, ramai yang mempersoalkan adakah benar Aliff terlibat dalam kes itu memandangkan sebelum ini dia pernah dikatakan memberikan layanan berbeza  terhadap anak angkatnya itu.

Terbaru, Aliff ada membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram Stories pada Sabtu lalu. Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, Aliff meminta maaf andai ada menyakitkan hati selain tidak mahu ada masalah dengan sesiapa.

 

Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang (anda) menyebabkan korang tak suka pada saya.

Saya minta maaf banyak-banyak. Saya tak nak ada masalah dengan orang. Maafkanlah saya.

aliff syukri pukul anak angkatBagaimanapun, usahawan kosmetik itu tidak menjelaskan secara terperinci permohonan maaf itu membabitkan isu yang mana satu.

Terdahulu, Aliff didakwa memukul anak angkatnya pada 28 Februari lalu di kediamannya sewaktu ingin merakam gelagat kanak-kanak itu sedang menangis untuk tujuan publisiti. Dalam laporan polis yang dibuat terhadapnya, mangsa dipukul dengan menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan pada badannya. Bagaimanapun, dia enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung kontroversi tersebut dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...