(VIDEO) Tengah Buat Hal Sendiri, Pengutip Kotak Terkejut Tiba-Tiba Ditendang Dan Ditampar Orang Awam

Kehidupan

(VIDEO) Tengah Buat Hal Sendiri, Pengutip Kotak Terkejut Tiba-Tiba Ditendang Dan Ditampar Orang Awam

Tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian pukul di sebuah pam minyak.

Video itu memaparkan, seorang lelaki turun dari motosikal yang dinaikinya dan menuju ke arah seorang individu yang dipercayai pengutip kotak.

Advertisement

Akan tetapi, secara tidak semena-mena pengutip kotak itu ditampar dan ditendang semasa sedang melakukan kerja-kerja mencari kotak di situ.

Susulan kejadian berkenaan, mangsa yang berusia 37 tahun telah pun membuat laporan polis berikutan kejadian yang menimpanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai Johor, Superintendan Tok Beng Yeow berkata kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 2.18 pagi apabila mangsa tiba-tiba didatangi suspek yang bertindak menggunakan kekerasan untuk menghalau mangsa.

Sumber : Polis Daerah Kulai 

Selain itu, mangsa juga tidak mempunyai sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami sakit di bahagian badan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pihak Polis Daerah Kulai juga meminta mana-mana saksi memberikan kerjasama atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nik Mohamad Nazirul Azri di talian 013-4401866 jika ada sebarang makulumat berkenaan kes tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sharnaaz ahmad
2 years ago

"Itu Semua Karut" - Didakwa Tumbuk & Tendang 'Guard', Sharnaaz Ahmad Nafi Aniaya Orang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...