Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Tempoh Reman Farid Kamil Dilanjutkan Sehari Lagi

Tempoh reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil dilanjutkan sehari lagi bermula hari ini sehingga Selasa. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Hairul Azhar Mohd Ishak.

Advertisement

Farid yang hadir ke mahkamah pada jam 11.30 pagi tadi dengan memakai kemeja denim dan berseluar lokap kelihatan begitu tenang sekali. Malah, Farid masih sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat dan rakan artis yang tidak henti memberikan beliau sokongan dan memberitahu beliau berada dalam keadaan sihat.

Turut hadir untuk memberikan sokongan moral kepada Farid adalah adiknya Fadzil Zahari serta rakan artis Azad Jamin dan Azhan Rani.

Terdahulu, Farid pada Khamis lalu ditahan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam di balai polis. Hasil ujian air kencing mendapati beliau positif dadah jenis ganja.

Farid kemudiannya direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Advertisement

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : mstar Online & Berita Harian

Kredit Video : Instagram Official Hlive

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Anonymous

    January 15, 2018 at 8:13 pm

    Pedulikan acik acik melati kepam pakai lipstik pasar malam yg 24jam main fb dok mengutuk je . Jeles dgn sajat yg cantek lewtuh hahahaha

  2. Anonymous

    January 15, 2018 at 7:54 pm

    dunia artis samada dpt kutukan atau dpt pujian…

  3. Anonymous

    January 15, 2018 at 7:00 pm

    org dah pesan jgn main dadah..mendapatlah. yg kesian anak2 dan bini ko. grow up bitch!!!!

  4. Anonymous

    January 15, 2018 at 6:58 pm

    Puihhh..masok Serenti je la. Tersengih apa lagi???

  5. Anonymous

    January 15, 2018 at 6:17 pm

    Handsome mcm mana pun kalau dah main syabu dan ganja besok ko jadi ikan kering kalu dah ketagihan tu kronik. Sebab tu la org x kasi main natang ni.

Loading...
To Top