(VIDEO) “Tak Sedar Diri..” – Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa ‘Drive’ Sambil BerTikTok, Netizen ‘Naik Hantu’

Kehidupan

(VIDEO) “Tak Sedar Diri..” – Pemandu Lori Nahas 5 Sahabat Didakwa ‘Drive’ Sambil BerTikTok, Netizen ‘Naik Hantu’

Kemalangan tragis melibatkan dua buah lori treler bersama sebuah kenderaan sehingga melibatkan 5 orang yang menaiki kereta jenis Honda City maut masih diperkatakan sehingga ke hari ini.

Ini berikutan pendedahan sorang warga maya mengenai salah seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tersebut gemar untuk memuat naik video TikTok sepanjang pemanduan.

Advertisement

Sehubungan itu, netizen yang melihatkan video TikTok pemandu tersebut berasa ‘panas hati’ dan geram kerana sikap tidak bertanggungjawab yang akhirnya mengundang kecelakaan kepada orang lain.

Malah, ada netizen mendedahkan pemandu lori berkenaan sempat merakam video TikTok meluahkan perasaan sedih lorinya terbakar dan bukannya sedih kerana telah menyebabkan kematian kepada 5 orang mangsa terlibat.

Terdahulu, siasatan polis mendapati pemandu treler berkenaan mempunyai 22 saman termasuklah kesalahan pandu terlalu laju.

Lelaki berusia 28 tahun itu juga telah ditahan reman selama 4 hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Kemalangan maut di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah Utara berdekatan Kuala Kangsa itu telah mengakibatan lima orang individu dipercayai pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung akibat kenderaan yang dinaiki terbakar hangus berikutan pelanggaran sebuah treler dari bahagian belakang yang tidak sempat menekan brek.

2 years ago

Identiti Disahkan, 5 Pelajar USAS Rentung Dalam Kemalangan Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...