(VIDEO) “Tak Fikir Ke Pasal Maruah Diri?” – Tular Video Artis Main Tepuk Punggung, PU Amin Tampil Beri Teguran

Hiburan

(VIDEO) “Tak Fikir Ke Pasal Maruah Diri?” – Tular Video Artis Main Tepuk Punggung, PU Amin Tampil Beri Teguran

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial video memaparkan usahawan sensasi, Kak KM bersama Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet.

Menerusi video tersebut, kesemua mereka telah bertindak menunjukkan punggung dan menepuk punggung mereka di tempat awam.

Advertisement

Tampil memberi teguran, pendakwah dan penceramah selebriti, PU Amin telah memuat naik video menergur perbuatan mereka menerusi laman TikTok miliknya.

Wah wah wah boleh jadi trend ke lepas ni? Semua orang dok tengok macam syok je. Jangan sampai macam tu sekali, ingat balasan, ingat azab, ingat bala bencana.

Menurut PU Amin, tindakan mereka yang menepuk-nampar punggung di khalayak ramai seolah-olah seperti tidak memikirkan tentang maruah diri serta sensitiviti agama.

Yang buat ni bukan anak orang, tetapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni.

@ustazamirulamin

Tepuk amai amai. Moga Allah jaga generasi keturunan islam kita semua.

? original sound – PU Amin – PU Amin

Dalam pada itu, pendakwah itu turut mengingatkan orang ramai yang kadang-kala tidak sedar mereka sebenarnya memberi dorongan kepada tindakan mereka.

Dia suka puji puja dia, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada PU Amin atas teguran yang diberi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Sebab Tu Penghuni Neraka Banyak Wanita" - Netizen Kecam Kak KM Main Tepuk, Goyang Punggung Di Khalayak Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...