Meskipun lagu Di Matamu menjadi viral sebelum ini dan mendapat jumlah tontonan yang tinggi di YouTube, peminat Sufian Suhaimi bagaimanapun merasa kecewa dengan persembahan beliau pada pentas separuh akhir Muzik-Muzik 33 yang bersiaran secara langsung pada Sabtu lalu.
Kurang penghayatan dan ditambah pula dengan kualiti nyanyian yang agak teruk, ramai yang menganggap Sufian sendiri telah ‘merosakkan’ lagu hits tersebut.
Apa pula komen anda mengenai persembahan Sufian? Mungkinkah beliau terlalu gementar?