(VIDEO) Suara Fazura Tenggelam, Hancur Lagu – Duet Fazura Dan Anggun Dikritik Netizen

Hiburan

(VIDEO) Suara Fazura Tenggelam, Hancur Lagu – Duet Fazura Dan Anggun Dikritik Netizen

Pernah memberitahu beliau meminati bidang nyanyian dan sudah menghasilkan beberapa single sebelum ini, kini Fazura telah pun melebarkan sayapnya dalam bidang tersebut ke negara jiran, Indonesia dan berkolaborasi bersama penyanyi Indonesia bertaraf antarabangsa, Anggun menerusi lagu The Good Is Back.

Advertisement

Walaubagaimanapun, nyanyian Fazura menerima kecaman dan kritikan bukan sahaja daripada netizen Malaysia tetapi dari Indonesia juga. Ramai menyatakan Fazura tidak boleh menyanyi dan menghancurkan lagi lagu tersebut.

Malah, ada yang mempersoalkan mengapa Anggun memilih Fazura untuk duet bersamanya.

Ini bukan kali pertama Fazura menerima kecaman sebegitu dan beliau juga bukanlah seorang yang mudah berputus asa untuk mencapai impiannya sebagai penyanyi. Pada kami nyanyian Fazura okay sahaja dan terpulang kepada citarasa dan penilaian masing-masing.

Kredit Video : YouTube Anggun Video

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...