(VIDEO) Sokong Najib Razak, Ellie Suriaty Buat Kecoh Di Mahkamah

Hiburan

(VIDEO) Sokong Najib Razak, Ellie Suriaty Buat Kecoh Di Mahkamah

Hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pelakon Ellie Suriaty menjadi tumpuan ramai apabila mencetuskan provokasi di luar mahkamah pagi tadi.

Advertisement

Ellie yang bertindak agresif hampir ditahan pihak polis gara-gara menimbulkan kekecohan pada sidang media Peguam Negara, Tommy Thomas selepas selesainya prosiding kes Najib Razak.  Difahamkan Ellie dan penyokong lain menjerit dan meminta Tommy bercakap dalam Bahasa Melayu dalam perbicaraan dan sidang media.

Pelakon wanita itu juga dengan beraninya menjerit dan bertekak dengan anggota polis sebelum dibawa ke luar dari lobi.

Sebelum ini, Ellie memang merupakan penyokong tegar terhadap kepimpinan Najib Razak dan tidak pernah terkesan dengan komen netizen meskipun beliau dilabelkan sebagai ‘macai’.

Sumber Berita & Foto : Instagram Berita Harian

Kredit Video : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...