(VIDEO) “Semoga Bertabah”- Bapa Hilang Dua Orang Anak Serentak Sebak Nak Uruskan Jenazah

Kehidupan

(VIDEO) “Semoga Bertabah”- Bapa Hilang Dua Orang Anak Serentak Sebak Nak Uruskan Jenazah

Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba sudah tentunya ditunggu-tunggu untuk diraikan seisi keluarga. Tetapi kadang-kadang perkara yang tidak diingini boleh berlaku kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya.

Begitulah nasib seorang ayah apabila kedua-dua anak perempuannya maut dalam kemalangan ketika keluar dari rumah hendak membeli makanan.

Advertisement

Dalam satu video TikTok perkongsian Mohd Fadhli, video yang menunjukkan bapa mangsa kemalangan Nayli Ulfa, 15, dan adiknya, Nuf Amni, 11, berada dalam keadaan sebak dan ditenteramkan oleh jemaah-jemaah di dalam masjid.

Menerusi laporan Harian Metro, dikatakan kanak-kanak yang maut dalam kemalangan itu dilanggar lori semasa menaiki motosikal di Jalan PJS3/2, Taman Medan semalam.

Meninjau ke ruangan komen rata-rata netizen berharap agar ibu bapa kepada kedua-dua kanak-kanak itu bertabah menghadapi ujian dan tampil mengucapkan takziah atas insiden tersebut.

8 bulan lalu

"Ingatkan Kemalangan Biasa, Rupanya Terkorban..." - Empat Maut Satu Jam Sebelum Berbuka, Undang Rasa Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...