(VIDEO) Samakan Karipap Dengan Alat Sulit, Aksi Kurang Sopan Datuk Seri Vida Dikecam Netizen

Hiburan

(VIDEO) Samakan Karipap Dengan Alat Sulit, Aksi Kurang Sopan Datuk Seri Vida Dikecam Netizen

Agak lama juga Datuk Seri Vida tidak dihimpit dengan sebarang kontroversi, namun sejak semalam dia kembali menjadi sebutan ramai gara-gara memuat naik satu video kurang sopan di akaun Instagramnya.

Advertisement

Untuk mempromosikan produk ‘grip’ yang mampu merapatkan semula bahagian alat sulit wanita selepas bersalin, Vida telah menyamakan produk berkenaan dengan alat sulit wanita. Siap buat demonstrasi lagi dengan karipap itu.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut merasa sangat jijik dengan perbuatan Vida dan menganggap dia tidak menghormati makanan. Ada juga yang berkata, sikap jutawan kosmetik itu sudah semakin pelik dan gedik.

Memang ada pelbagai cara untuk mempromosikan produk sekarang ini, ada yang tidak kisah memalukan diri mereka sendiri asalkan produk mereka laris.  Namun, cara DSV ini tidak wajar dan tidak lawak pun. Makanan ini rezeki dan janganlah dijadikan bahan mainan pula. Apa pendapat korang?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...