(VIDEO) Rampas Mic Peserta I Can See Your Voice Malaysia, Haqiem Rusli Dikecam Berlagak Poyo

Hiburan

(VIDEO) Rampas Mic Peserta I Can See Your Voice Malaysia, Haqiem Rusli Dikecam Berlagak Poyo

Isu gimik depresi Haqiem Rusli baru sahaja hendak reda, namun penyanyi itu sekali lagi mengundang kemarahan ramai apabila bertindak untuk merampas mikrofon seorang peserta program realiti I Can See Your Voice Malaysia kerana menyanyikan lagu Tergantung Sepi dengan nada sumbang.

Advertisement

Pada awalnya Haqiem kelihatan cukup gelisah sekali dan boleh nampak dari wajahnya betapa beliau agak ‘cringe’ dengan kualiti nyanyian peserta itu. Mungkin tidak tahan lagi mendengar nyanyian tersebut, Haqiem meluru ke arah peserta dan terus mengambil mikrofon dan menyanyikan sendiri lagunya itu.

Rata-rata netizen berpendapat apa yang dilakukan oleh Haqiem itu agak biadap, poyo dan seakan sengaja ingin meraih perhatian.

Mungkin apa yang dikatakan oleh netizen itu ada betulnya, lagipun peserta tersebut bukanlah seorang penyanyi profesional tentu sahaja ada kelemahan kan? Sekurang-kurangnya hargailah keberanian individu tersebut untuk tetap menyanyi.

Sumber Berita : Instagram Sepit Siput

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...