(VIDEO) “Rakam Tu Apa Functionnya?” – ‘Record’ Budak Lelaki Hayun Tukul, Lelaki Dikecam Tak Cuba Hentikan Vandalisme

Kehidupan

(VIDEO) “Rakam Tu Apa Functionnya?” – ‘Record’ Budak Lelaki Hayun Tukul, Lelaki Dikecam Tak Cuba Hentikan Vandalisme

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan aksi seorang kanak-kanak membawa tukul di sebuah taman permainan.

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram mStar, rakaman menunjukkan kanak-kanak lelaki tersebut mengetuk beberapa kemudahan yang disediakan di taman permainan itu dengan kuat.

Advertisement

Aksi budak lelaki itu turut mengejutkan seorang bapa kepada kanak-kanak yang berada di tempat kejadian yang juga mengambil peluang merakam perbuatan berkenaan.

Dalam pada itu, video juga menunjukkan kanak-kanak lelaki yang membawa tukul itu hanya berseorangan dan tidak diawasi oleh orang dewasa.

Walau bagaimanapun, tinjauan ke ruangan komen menunjukkan ramai yang mempersoalkan tindakan lelaki yang hanya merakam kejadian dan tidak menghalang perbuatan vandalisme yang dilakukan oleh kanak-kanak lelaki berikut.

“Yang rakam pun satu, amik tukul tu tegur lah, semua benda nak rakam,” kata seorang warganet.

“Yang rakam tu apa functionnya?,” ujar seorang lagi netizen.

Akan tetapi video asli yang dimuat naik di TikTok itu bagaimanapun telah dipadamkan atas sebab yang tidak diketahui.

Genting sindiket culik
2 years ago

(VIDEO) Alasan Rindu Anak, Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...