(VIDEO) Raja Ilya Berkahwin Dengan Jejaka Australia Hari Ini

Hiburan

(VIDEO) Raja Ilya Berkahwin Dengan Jejaka Australia Hari Ini

Menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya semalam, pelakon Raja Ilya memaklumkan beliau bakal berkahwin dengan cinta hatinya seorang jejaka Australia.

Advertisement

Ilya meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik buatnya dan semoga majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman cinta hatinya itu di Perth, Australia berjalan dengan lancar. Majlis pernikahan mereka diadakan secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Betapa berserinya wajah Ilya dan penuh bahagia apabila impiannya untuk berkahwin dengan lelaki yang dicintai menjadi kenyataan. Pelakon itu juga berjanji akan berkongsi momen indah perkahwinannya hari ini di akaun Instagramnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Raja Ilya dan pasangan. Semoga terus berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...