(VIDEO) Pergi Mampus Haqiem Rusli – Noh Hujan

Hiburan

(VIDEO) Pergi Mampus Haqiem Rusli – Noh Hujan

Persembahan Noh Hujan yang penuh bertenaga dan cukup menghiburkan ketika Love Suria Charity mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Bukan kerana nyanyiannya sahaja tetapi Noh telah mengeluarkan kata-kata yang menjadi bualan hangat netizen. Ungkapan Noh ialah “Buktikan bahawa independent boleh tapau mainstream. Pergi mampus Haqiem Rusli.”

Salah seorang peminat yang hadir telah sempat merakam persembahan Noh itu dan dimuat naik ke akaun Twitter.  Tentunya isu itu mencetuskan sedikit ‘perbalahan’ di kalangan peminat Haqiem Rusli dan Noh.

Peminat Haqiem memang bengang sekali dengan kata-kata Noh itu sehingga mempertikaikan penampilan serta gelaran Haji yang dimilikinya. Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan nama Mizz Nina dalam isu ini. Namun, majoriti netizen dan peminat Noh menganggap apa yang dilakukan oleh beliau itu tidaklah melampau dan hanya gurauan semata-mata.

Terdahulu, Noh juga pernah memberikan komen yang agak ‘pedas’ apabila Haqiem didakwa sengaja mempermainkan isu depresi kerana ingin mempromosikan lagunya. Buat Noh apa yag dilakukan oleh Haqiem itu amat tidak wajar.

Hanya mereka yang berada di konsert tersebut sahaja yang mengetahui perkara sebenar dan mungkin juga Noh hanya sekadar ingin bergurau. Tidak perlu cepat melatah. Relaks..

Sumber Berita : Twitter 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...