(VIDEO) Penyanyi Rap Ben Ladin Dikecam Teruk, Tidak Tahu Nama Bendera Malaysia

Hiburan

(VIDEO) Penyanyi Rap Ben Ladin Dikecam Teruk, Tidak Tahu Nama Bendera Malaysia

Beberapa hari lalu rakyat Malaysia telah menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 61 dengan cukup meriah sekali.  Seperti biasa, pastinya akan ada pelbagai ucapan dikongsikan di media sosial termasuklah beberapa soalan trivia diadakan untuk mengajak artis untuk turut serta bagi menguji pengetahuan am mereka tentang negara tercinta.

Advertisement

Baru-baru ini, penyanyi rap Ben Ladin yang popular dengan lagu Hikayat Ben Ladin juga ditemuramah oleh sebuah untuk menjawab soalan mengenai sejarah Malaysia. Namun,  Ben gagal untuk menjawab soalan asas mengenai negara sendiri.

 

Rata-rata netizen mengkritik dan mengecam Ben langsung tidak mempunyai semangat patriotik dan ada yang mengatakan beliau tidak layak untuk menjadi rakyat Malaysia kerana perkara yang memalukan itu.

Mungkin juga Ben ada rasa sedikit gementar menjawab soalan secara spontan sebab itu habis semua benda beliau lupa. Boleh tegur tapi janganlah kecam teruk, masih ada ruang untuk Ben memperbaiki dirinya kan.

Sumber Berita : Twitter Membawang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...