(VIDEO) Pencuri Tabung Dikafankan AJK Masjid, Sempat Minta Ambil Wuduk Dulu

Kehidupan

(VIDEO) Pencuri Tabung Dikafankan AJK Masjid, Sempat Minta Ambil Wuduk Dulu

Di Malaysia baru-baru ini tular tentang kisah pencuri tabung masjid dimandikan seperti jenazah oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid terbabit.

Negara jiran juga ada kisah yang lebih kurang sama tetapi sedikit berbeza. Menurut Kosmo, seorang pemuda telah ditangkap ketika cuba mencuri kotak tabung masjid di Kota Pontianak, semalam.

Advertisement

Difahamkan kejadian itu berlaku di Masjid Al Mujahid dan pelaku kemudian melalui pengalaman menakutkan apabila dia dikafankan oleh AJK masjid terbabit sebagai hukuman.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, pemuda itu mengaku bersalah dan memberitahu bahawa kejadian berkenaan merupakan kali kedua dia melakukan jenayah terbabit.

Ini percubaan kedua saya, saya mohon maaf.”

Menurut perakam video, suspek malah meminta untuk mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum diberi hukuman dibungkus dengan kain kafan.

Sama seperti di Malaysia, video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia. Rata-ratanya bersetuju dengan tindakan AJK masjid kerana mahu memberikan pengajaran buat pemuda itu.

Seorang netizen berkata,

Mujur hanya dikafan, jika ikutkan saya (mahu) terus dihantar masuk kubur.”

Kejadian sebegini tidak asing lagi di negara kita dan seberang. Diharapkan pelaku yang tertangkap diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Bukan apa, takut pula ada yang tidak dapat kawal perasaan dan mencederakan. Dah jadi kes lain pula.

Remaja curi tabung masjid positif dadah
2 years ago

"Dah Agak Dah.." - Viral Remaja Curi Tabung Masjid Nak Beli Ubat Untuk Atuk, Rupanya Positif Syabu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...