Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(VIDEO) Pelawak Terkenal Tumbuk Muka Dan Tendang Pengawal Keselamatan Warga Emas

Viral di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang pelawak terkenal  bertengkar dengan seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahan di Acacia Park Desa Jati, Nilai Negeri Sembilan.

Advertisement

Dalam kejadian yang berlaku pada 8 malam Sabtu lalu, pengawal tersebut yang merupakan seorang warga emas cedera selepas ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka dan turut ditendang.

Difahamkan, pelawak tersebut yang berasal dari Kedah yang memandu kereta Proton Perdana berwarna hitam telah memasuki kawasan kediaman tersebut tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar memberitahu, selepas kereta tersebut masuk, pengawal keselamatan bertindak menutup palang keluar dan dengan segera mengejar kenderaan yang dipandu oleh artis berkenaan.

Selang beberapa minit selepas itu, kereta artis berkenaan melalui semula pos pengawal keselamatan untuk keluar dari kawasan perumahan berkenaan, namun terhenti akibat laluan keluar ditutup dengan palang. Berkemungkinan kerana berang kenderaannya dihalang, artis lelaki itu keluar dari kereta sebelum menuju ke arah pengawal keselamatan dan berlaku pertengkaran.

Advertisement

Bukan sahaja pengawal keselamatan itu ditumbuk sebanyak tiga kali hingga menyebabkan lebam di bahagian mata kanan serta sakit pada batang hidung. Artis berkenaan turut dilaporkan menendang pinggang pengawal keselamatan tersebut, mengambil batu bata di tepi laluan keluar dan membaling ke arah pengawal keselamatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan Seksyen 427 kanun yang sama atas kesalahan melakukan khianat dengan merosakkan harta benda awam.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Video : Facebook

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. Alanice

    April 8, 2019 at 1:32 pm

    Mamak putih kan

  2. Anonymous

    April 8, 2019 at 12:47 pm

    patut dah jd kes polis…. diam jer polis kan… dapat suap kot.. duit oh duit
    cer kes gaduh kt umah mak limah…. sure dah masuk lokap…

    • lynn

      April 8, 2019 at 3:52 pm

      Mmg dah jadi kes polis. Sedap hati je ckp mkn suap la apa la. Amik tau dl mcm mana polis bertindak.

  3. Anonymous

    April 8, 2019 at 12:44 pm

    patut kes polis dah ni… nape lan pet2 tak kene tangkap lagi ni…

  4. aku

    April 8, 2019 at 11:11 am

    bc cerita kat oh bulan..alahai..kesiannyer pakcik tu..sedih weh kalau bende ni jd kat bapak kita sendiri :(

  5. Anonymous

    April 8, 2019 at 11:04 am

    dlm u tube..ada nama lan pet-pet disebut…maka btoilah itu Lan pet2…kes polis dh..

Loading...
To Top