“Video Norman ‘View’ Tinggi, Kalau Video Anak & Suami ‘So-so’ Je” – Abby Abadi

Hiburan

“Video Norman ‘View’ Tinggi, Kalau Video Anak & Suami ‘So-so’ Je” – Abby Abadi

Kerana sering memuat naik video bersama bekas suami, Abby Abadi pernah dikecam dan dikatakan seperti tidak ‘move on’.

Seperti dilihat dalam video, Abby Abadi dan suami berkawan rapat dengan bekas suaminya, Norman Hakim serta Memey Suhaiza.

Advertisement

Bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan memandangkan mereka berdua mempunyai anak bersama namun segelintir pihak seolah-olah kurang senang melihat kemesraan dua keluarga itu.

Namun menerusi video di TikTok, Abby sebelum ini ada muat naik video dan berterima kasih kepada Norman Hakim kerana tolong menjemput anak-anak dari sekolah.

Caption Abby itu dilihat seperti memerli semula netizen yang suka mengkritik hubungan mereka berdua. Kata Abby, video Norman Hakim yang dimuat naik mendapat lebih banyak jumlah tontonan daripada video suami atau anak-anak.

Tak suka, tak suka tapi video Oman (Norman Hakim) view tinggi. Video anak dan suami kita so-so je.”

@abbyabadi112

Taraaaaaa!! hehe.. TQ Oman tlg ambil anak2 balik sekolah.. Lain kali tlg lagi tau. Sy dgn suami sibuk nnti ni.. hehe.. Yg kat sini, katanya Tak suka, tak suka tp video Oman view tinggi, video anak, suami kita so-so je.. jadi kita masukkan lah video yg org tak suka. yg org suka, benda2 yg biasa/tak kontrversi memang kurang menyengat khenn!?? Jadi layannnnn ??

? Santai Saja Esok Masih Ada – Conrad Good Vibration

Menerusi ruangan komen, ramai netizen akui seronok melihat dua sekeluarga itu yang bahagia, berkasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

Malah, ada yang berpendapat ini merupakan hikmah di sebalik ujian yang menimpa mereka suatu ketika dahulu. Ada yang akui cemburu dengan keluarga besar mereka kerana mempunyai ramai anak dan sentiasa meriah.

Ramai turut mendoakan keluarga mereka dan meminta agar Abby serta Norman abaikan apa yang dikatakan oleh segelintir netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby Abadi disuruh 'move on''
2 years ago

"Move On Jelah Masing-Masing!" - Netizen Pula Tak Selesa Tengok Keakraban Abby & Norman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...