Luahan Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak puas hati dengan layanan pihak penerbit Gegar Vaganza 5 viral sejak semalam. Kata Aliff, beliau sudah melabur jutaan ringgit tetapi hanya mendapat layanan seperti budak-budak sekolah sahaja.
Turut tampil memberikan pandangan mengenai isu tersebut adalah Datuk Seri Vida yang sebelum ini pernah menaja GV untuk empat musim. Terkejut dengan apa yang berlaku, DSV mengakui beliau juga menerima layanan yang teruk ketika menjadi penaja.
Bukan itu sahaja, DSV turut mengkritik pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang didakwa tidak menegurnya langsung ketika beliau menghadiri final GV5 . Semalam, DSV diundang oleh Aliff untuk menjadi sebahagian daripada penari di atas pentas bagi mempromosikan lagu baharunya Biar Apa Orang Kata.
Tidak berdiam diri, Nabil nampaknya turut meninggalkan komen di video tersebut. Bengang dengan apa yang dikatakan oleh DSV, pengacara itu mendakwa beliau dan Jihan difitnah. Pada masa yang sama Nabil menuntut hutang daripada ushawahan komestik itu yang sudah dua tahun tertunggak.
Penaja dan pihak produksi mengeluarkan pelbagai kenyataan dan semuanya mahu mempertahankan pandangan masing-masing. Walau apa pun, kami tetap berharap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Khabarnya Aliff akan mengadakan satu sidang media mengenai isu ini. Sama-sama kita nantikan.