(VIDEO) Muncul Dengan Single Baru, Netizen Puji Suara Fattah Amin Semakin Merdu

Hiburan

(VIDEO) Muncul Dengan Single Baru, Netizen Puji Suara Fattah Amin Semakin Merdu

Pernah menerima pelbagai kritikan apabila mula menceburi bidang nyanyian, selebriti popular Fattah Amin bagaimanapun tidak pernah berputus asa untuk terus menyanyi. Muncul dengan lagu terbaru Isterimewa, kali ini Fattah menunjukkan peningkatan yang sangat baik.

Advertisement

Rata-rata netizen memuji betapa merdu dan sedapnya suara Fattah sesuai dengan melodi lagu yang dicipta oleh Mel Ramlan. Penghayatan Fattah ketika menyanyikan lagu tersebut juga amat baik sekali sehingga berjaya mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan, lagu Isterimewa adalah luahan cinta dan kasih sayang Fattah buat isteri tercinta yang cukup sempurna dan istimewa.

Tahniah kami ucapkan kepada Fattah yang menjadikan setiap kecaman dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki kelemahannya sebelum ini. Siapa yang kata Fattah tidak boleh menyanyi?

Kredit Video: Universal Music Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...