(VIDEO) Mula-Mula Bernyanyi Lepas Tu Senyap, Pemilik Kedai Sebak Tengok Lelaki Kurang Siuman Solat

Kehidupan

(VIDEO) Mula-Mula Bernyanyi Lepas Tu Senyap, Pemilik Kedai Sebak Tengok Lelaki Kurang Siuman Solat

Rasanya kita sering kali melihat individu yang kurang waras berkeliaran di kaki lima dan ianya sudah menjadi perkara biasa buat masyarakat tetapi ada sesetengah hanya membuat halnya sendiri tanpa menggangu orang sekeliling.

Samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mimieydjewels, beliau berkongsikan kisah seorang individu lelaki yang kurang siuman sering datang ke kedainya.

Advertisement

Katanya, lelaki terbabit tidak pernah menggangu mereka dan hanya menyanyi serta bercakap seorang diri saja. Oleh kerana itu, mereka tidak kisah jika lelaki terbabit singgah ke kedainya.

Walau bagaimanapun, satu video yang dimuat naik oleh pengguna itu telah mendapat perhatian ramai serta membuat ramai sebak apabila menontonnya dan dari video itu, jelas kelihatan lelaki kurang siuman tersebut sedang melakukan pergerakan sedang solat biarpun pakaian yang dipakai kurang sesuai.

Menerusi ruangan komen video terbabit, pengguna TikTok itu memberitahu pada mulanya individu terbabit meneman tukang cat sambil bernyanyi-nyanyi, tetapi secara tiba-tiba dia senyap dan selepas dicari, rupanya sedang solat.

Sehubungan dengan perkongsiaan itu, rata-rata netizen meninggalkan komen berasa sebak serta tersentuh melihat lelaki terbabit solat biarpun dalam keadaan kesihatan yang kurang siuman.

Komen TikTokSumber : TikTok 

kejar pasangan curang, ibu anak kemalangan
2 years ago

Padah Kejar 'Boyfriend' Curang, Ibu & Anak Kemalangan Rempuh Kereta Di Lampu Isyarat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...