(VIDEO) Michael Ang Mohon Maaf Isu Tahlil Di Zouk

Hiburan

(VIDEO) Michael Ang Mohon Maaf Isu Tahlil Di Zouk

Hujung minggu lalu pengarah Michael Ang turut terpalit dengan kontroversi pelancaran tudung Neelofa di kelab malam apabila membuat kenyataan panas mungkin beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyewa pusat hiburan terkenal di ibu kota itu untuk mengadakan majlis tahlil pula selepas ini.

Advertisement

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan netizen termasuk juga penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail yang menyifatkan kata-kata Michael itu mempersendakan agama Islam. Sedar isu tersebut sudah menyentuh sensitiviti agama Islam, Michael menerusi akaun Instagramnya tampil memohon maaf secara terbuka.

Michael mengambil ikhtibar atas keterlanjuran kata-katanya itu dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran dalam hidupnya.  Beliau sejujurnya tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak dan berharap permohonan maafnya itu akan diterima.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...