(VIDEO) – Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan

Kehidupan

(VIDEO) – Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan

Tular di laman Twitter, beberapa hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan rakaman dashcam satu kejadian kemalangan jalan raya telah menjadi perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat sebuah kenderaan jenis Myvi telah meluru dengan laju melanggar sebuah kenderaan jenis Avanza dari arah belakang sehingga hilang kawalan dan menyebabkan pelanggaran beberapa kenderaan lain.

Advertisement

Difahamkan, pemandu kenderaan Myvi yang menjadi punca kemalangan melibatkan 5 kenderaan itu rupa-rupanya berada dalam keadaan tidak stabil kerana berada dibawah pengaruh ganja.

myvi

Kereta yang disyaki langgar, hood terlipat dan tayar kiri hilang.

Malah, orang ramai yang berada di tempat kejadian turut menemukan sejenis alat untuk menghisap ganja di dalam kenderaan pemandu Myvi tersebut yang turut mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pemandu Myvi yang memandu dalam keadaan ‘high’ dan telah membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Menyusahkan orang! nak mabuk pergi mabuk sampai mati dalam bilik tu. – Netizen.

One of the reason I’m not support for legalised weed in Malaysia sebab consumer weed ada yangg bodoh macam dia ni. Terlalu bodoh untuk bezakan masa dan tempat for consume weed,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengawal universiti tak beradab
2 years ago

(VIDEO) "Bila Rempit Pakai Uniform" - Tengking Pelajar Hanya Sebab Tak Bawa Kad Matrik, 'Guard' Teruk Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...