Video Lucah Aiman Tino Viral, Ini Nasihat Syafiq Kyle

Hiburan

Video Lucah Aiman Tino Viral, Ini Nasihat Syafiq Kyle

Sebagai seorang selebriti yang mempunyai lebih banyak pengalaman dan pernah juga terpalit dengan kontroversi video lucah, pelakon Syafiq Kyle menasihatkan Aiman Tino selalu berfikiran waras dan tidak terlalu tertekan.

Advertisement

Menurut Syafiq, apa yang paling penting adalah sokongan daripada keluarga. Manusia ini tidak sempurna tetapi ia tidak bermakna netizen boleh menjatuhkan hukuman terhadap setiap apa yang dilakukan oleh seseorang itu.

Saya tiada nasihat apa-apa untuk diperkatakan kerana mereka boleh berfikir dengan baik, waras tanpa tekanan. Cukup hanya dengan mendapat sokongan daripada keluarga, itu paling penting saya rasa.

Saya tidak boleh cakap apa, kita pun sudah banyak lalui masalah. Bukan hanya pasal industri, banyak lagi perkara besar seperti penipuan dan rasuah.

Kita tidak boleh menjatuhkan hukuman dengan apa yang telah dilakukan oleh individu tersebut. Kita sepatutnya tengok pada diri sendiri apa yang akan dilakukan ataupun telah dibuat. Cukup ke kita untuk menasihati ataupun berkongsi pendapat, sedangkan diri sendiri tidak pasti betul atau tidak apa sebenarnya sedang dilakukan.

Terdahulu, viral video lucah seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip Aiman. Bagaimanapun, penyanyi itu menafikan bahawa lelaki didalam video itu adalah dirinya. Aiman dengan tegas berkata beliau tidak akan pernah memalukan diri sendiri demi publisiti murahan.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...