(VIDEO) “Lane Kanan Tapi Slow” – Buat ‘Pekak Telinga’, Pemandu Axia Tak Hirau Kena Hon Banyak Kali

Kehidupan

(VIDEO) “Lane Kanan Tapi Slow” – Buat ‘Pekak Telinga’, Pemandu Axia Tak Hirau Kena Hon Banyak Kali

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan seorang pemandu kereta jenis Perodua Axia.

Menerusi video tersebut, pemandu Axia itu dilihat memandu secara perlahan di lorong kanan di sebuah lebuh raya sehingga menimbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.

Advertisement

Malah, pemandu itu juga dilihat enggan beralih dari lorong kanan walaupun telah ‘dicucuk’ dan di hon beberapa kali oleh kenderaan lain dari arah belakang.

axia

Driver kental tetap stay lane kanan sepanjang highway walaupun velfire mencucuk tak gentar.

Namun, pemandu Axia itu tetap berdegil dan masih kekal berada di lorong kanan lebuh raya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

@ayzackja94

Reply to @namiswun kalau bawah 100km/hour mcm mana boss?

? original sound – Uncle Heng – Uncle Heng

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang juga husnuzon tentang keadaan yang mungkin dihadapai oleh pemandu Axia tersebut.

Ni kalau time raya dia la punca jem sampai ke perak ni. – Netizen.

Bawak slow dekat link kanan tu pun bahaya jugak.. better nak drive santai-santai ikut link kiri je,” tulis seorang pengguna TikTok.

Baru beli kerete kut, biasa bawa dekat lane motorsikal, tiba-tiba beli kereta pakai duit KWSP, hilang pulak tak tahu bawak lane mana,” tulis seorang lagi warganet.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Nak Hidup Mahal, Nak Mati Pun Mahal”- Netizen Terperanjat Tengok Harga Batu Nisan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...