(VIDEO) “Kuat Lah Wahai Anak” – Tular Video Bawa Ibu OKU Dalam Raga Motor Undang Sebak Ramai

Kehidupan

(VIDEO) “Kuat Lah Wahai Anak” – Tular Video Bawa Ibu OKU Dalam Raga Motor Undang Sebak Ramai

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok, video perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shiha Nizam yang memaparkan seorang wanita yang sedang membawa seorang warga emas di dalam raga motorsikal telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, warga emas itu dilihat hanya berteduh di sebalik buku yang dipegang oleh wanita tersebut di bawah cahaya matahari yang panas terik.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, wanita yang mahu dikenali sebagai Yati itu memaklumkan bahawa wanita warga emas itu merupakan ibu saudaranya yang juga seorang pesakit kelainan upaya (OKU).

yati

Saya hargai simpati dan sokongan diberikan. Rakyat Malaysia memang prihatin, ramai menyatakan hasrat untuk memberi bantuan.

Bagaimanapun, Yati dengan rendah hati menolak sebarang bantuan dan lebih gembira sekiranya ia diberikan kepada insan yang lebih memerlukan dan hanya mengharapkan agar orang ramai menyokong perniagaan yang dijalankannya di media sosial.

@shihanizam

Tolong sesiapa kenal please let me know! Tolong guna kuasa viral ???? saya nak bantu dia dgn cara x seberapa saya.??#drawbrigeterengganu #kuikhlaskan #adwenfi #berandatiktok #foryoupage #fyp?

? Huwannur – SHOLAWAT MUSIC PRO

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memberi pelbagai reaksi, ada yang memuji tindakan murni wanita tersebut dan ada yang juga ingin menyokong bisnes milik wanita itu secara tidak langsung dapat membantu dari segi pendapatan.

Tangan tu akan jadi bukti di Masya nanti, Syurga menanti – Netizen.

Mulia hati akak ini. Tak harap bantuan orang. Harap dia support bisnes dia je sebab dia tahu ramai luar sana memerlukan lagi bantuan,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tengok Tu Mama, Orang Kaki Robot." - Kaki Prostetik 'Diejek', Lelaki Terkejut Ibu Kanak-Kanak Tunggu Di Parkir Untuk......

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...