(VIDEO) “Koyak, Ada Selotape..” – Penat Beratur 3 Jam, Wanita Kecewa Tukar Duit Dapat Yang ‘Recycle’

Kehidupan

(VIDEO) “Koyak, Ada Selotape..” – Penat Beratur 3 Jam, Wanita Kecewa Tukar Duit Dapat Yang ‘Recycle’

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan ada juga yang masih membuat persiapan terakhir bagi melengkapkan lagi hari kemenangan itu.

Namun begitu, satu perkongsian daripada seorang wanita ini di TikTok telah mengundang rasa simpati netizen kerana persiapan raya dia menyediakan duit raya terbantut kerana telah mendapat wang kertas yang koyak rabak.

Advertisement

Kata wanita yang dikenali sebagai @nadiabasharr_ ini, dia telah menukar duit raya di sebuah bank yang tidak didedahkan serta dimaklumkan akan mendapat duit ‘recycle‘ ataupun dengan kata lain, duit lama.

Gara-gara letih beratur selama 3 jam, Nadia tidak memeriksa terlebih dahulu keadaan wang kertas not RM1 yang diterimanya.

Setelah masuk ke dalam kereta untuk pulang, dia baru perasan yang kebanyakan wang yang diterimanya itu koyak dan mempunyai kesan selotape.

duit rosak tukar duit rayaSumber : TikTok  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan kerana sudah lah letih beratur lama, dapat pula wang kertas yang rosak.

Namun ada juga yang mengkritik sikap cuai wanita itu yang tidak memeriksa terlebih dahulu sebelum menerima wang berkenaan.

“Ni melampau sangat ni, biasa duit recycle pun masih cantik, sebab pernah tukar kat bank.” komen seorang netizen.

sticker kereta janda
2 years ago

"Memalukan.."- Kereta Penuh ‘Sticker’ Tak Senonoh, Netizen Naik Mual Ibu Tunggal Dijadikan Simbol S*ks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...