(VIDEO) “Kita Pulak Yang Malu” – Ibu Selamba Hulur Minyak Masak Sebab Kedai Makan Tutup Habis Stok

Kehidupan

(VIDEO) “Kita Pulak Yang Malu” – Ibu Selamba Hulur Minyak Masak Sebab Kedai Makan Tutup Habis Stok

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Iskandar Zamuel yang memaparkan gelagat selamba ibunya yang telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat ibunya tanpa segan silu menghulurkan satu botol besar minyak masak yang baru sahaja dibelinya kepada pekerja di sebuah kedai makan yang tutup kerana kehabisan stok.

Advertisement

Difahamkan, dia dan ibunya yang baru sahaja selesai membeli barangan dapur di pasar raya berkenaan kemudiannya ingin makan di kedai tersebut.

minyak

Kita pulak yang malu aih, memang no excuse ye dengan mak mak.

Namun, kedai makan berkenaan terpaksa ditutup kerana kehabisan minyak. Tanpa berfikir lama, ibunya terus mengambil minyak masak yang dibeli dari dalam troli dan memberi kepada pekerja kedai makan tersebut untuk gunakan.

@iskandarzamuel

Kita pulak yang malu aih, mmg no excuse ye dengan mak mak ?

? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan terhibur dengan gelagat spontan ibunya.

Ada discount tak dah kasi minyak tu? – Netizen.

Mujur tak masuk kitchen tolong goreng nasik sekali. Mantapppp!!” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sari
2 years ago

(VIDEO) "Ingat Benda Kecik Ke?" - 'Influencer' Akui Kes Duit Palsu Hanya 'Marketing' Undang Kemarahan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...