(VIDEO) Kereta Ferrari Aliff Syukri Bernilai RM1.8 Juta Terbakar

Hiburan

(VIDEO) Kereta Ferrari Aliff Syukri Bernilai RM1.8 Juta Terbakar

Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui kerete mewah Ferrari Italia 458 yang terbakar seratus  peratus dalam kejadian di Kilometer 39.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) arah dari USJ ke Plaza Tol Sunway, semalam adalah miliknya.

Advertisement

Aliff menerusi akaun Instagramnya memuat naik video beliau sedang menangis dan sedih apabila kereta kesayangannya itu dijilat api.

Difahamkan kenderaan bernilai RM1.8 juta itu dipandu oleh individu lain yang dipercayai menyewa kereta mewah tersebut dari Aliff. Bagaimanapun, pemandu itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ada yang bersimpati dengan Aliff tetapi ada juga netizen yang mengatakan ia adalah kifarah buatnya yang sebelum ini merungut betapa beliau tidak selesa memandu kereta tersebut kerana bunyinya bising selain cukai jalan yang mahal.

Memang sedih apabila sesuatu yang kita sayang itu sudah musnah tetapi mungkin apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Bersabarlah Aliff, mungkin selepas ini ada rezeki yang lebih baik buat anda sekeluarga.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...