(VIDEO) “Kena Buat Selalu” – Kereta VIP Jadi Punca Jalan Sesak, Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

Kehidupan

(VIDEO) “Kena Buat Selalu” – Kereta VIP Jadi Punca Jalan Sesak, Penunggang Motosikal Hon Banyak Kali Tanda Protes

Sebuah video menjadi tular di media sosial semalam apabila sekumpulan penunggang motosikal menunjukkan ‘protes’ ketika memberi laluan kepada golongan VIP yang melalui jalan yang sama.

Video yang dimuatnaik oleh @anakayamkaki2 di TikTok itu ternyata telah mencuri perhatian netizen yang rata-rata berasa ‘puas’ melihatkan aksi sekumpulan penunggang motosikal terbabit.

Advertisement

Dalam video tersebut, para penunggang motosikal itu telah diberhentikan oleh pihak berkuasa di tengah jalan bagi memberi laluan kepada kereta pengiring yang membawa VIP.

Ketika kereta VIP itu menghampiri selekoh jalan, penunggang motosikal yang ditahan telah bertindak menyembunyikan hon beberapa kali sebagai tanda protes kerana telah menyebabkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Kata netizen di ruangan komen, orang ramai patut membiasakan atau ‘normalise’ tindakan memberi hon kepada golongan VIP yang menyebabkan jalan raya sesak hanya kerana terpaksa memberi laluan khas kepada mereka.

TwitterSumber : Twitter  

“Kita patut buat macam ni dah. Dah lah gaji kita tanggung, kerja apa tah yang dibuatnya, lepas tu menyusahkan orang.” komen seorang netizen.

rusuh
5 bulan lalu

(VIDEO) 2 'Geng' Bergaduh Sampai Rosakkan Kereta Orang Awam, Pukul Dengan Besi & Botol Arak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    July 1, 2022 at 4:35 pm

    only in malaysia………sebab tulah malaysia negara mundur dan tak akan maju sebab manusia kena takut dan ‘sujud’ dgn ‘golongan’ manusia juga padahal claim negara islam kononnya ! ada hukum ka dlm islam kena takut dgn ‘golongan’ ini …..tell me about it

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...