(VIDEO) “Kemain Salam Boyfriend”- Aksi ‘Sweet’ Budak Sekolah Rendah Dapat Perhatian Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Kemain Salam Boyfriend”- Aksi ‘Sweet’ Budak Sekolah Rendah Dapat Perhatian Netizen

Tular di aplikasi TikTok apabila satu hantaran video oleh pengguna yang dikenali sebagai Nrazween  memaparkan rakaman dua orang kanak-kanak bersalaman antara satu sama di perkarangan sebuah sekolah.

Menerusi video yang dipercayai telah dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan, dapat dilihat kanak-kanak itu bersalaman sambil meletakkan dahi ke tangan seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Advertisement

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila kedua-duanya baru berusia ‘setahun jagung’ dan masih lagi berada di bangku sekolah rendah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur menyaksikan gelagat mereka berdua.

“Cinta terhalang oleh sebuah pagar besi sekolah”, tulis seorang pengguna TikTok.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mengecam dan mengambil serius terhadap aksi yang dilakukan.

Berikutan kecaman yang diterima, ibu kepada kanak-kanak perempuan berkenaan tampil menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disebabkan pergaulan bebas yang tidak dipantau oleh ibu bapa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

khalis popular
2 years ago

Popular Sampai Indonesia, Ibu Tak Sangka Senyuman Manis Anak Lelaki Bikin Netizen TikTok ‘Cair’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...