(VIDEO) “Kaya Lepastu ‘Humble’ Pula..” – Cik Epal Belikan Suami Jam Harga RM95K, Siap Suruh Netizen Pilihkan

Kehidupan

(VIDEO) “Kaya Lepastu ‘Humble’ Pula..” – Cik Epal Belikan Suami Jam Harga RM95K, Siap Suruh Netizen Pilihkan

Siapa tidak kenal pensohor media sosial dan juga usahawan, Cik Epal dan suaminya, Jofliam yang sering menjadi tumpuan pengikutnya yang tersendiri.

Manakan tidak, pasangan ini sering berkongsi mengenai percutian mewah mereka di media sosial selain bisnes yang diusahakan seperti makanan dan sebagainya.

Advertisement

Baru-baru ini, Cik Epal sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia menghadiahkan suaminya dengan barangan mewah berupa seutas jam tangan Hublot yang bernilai RM95,900.

Difahamkan, hadiah tersebut diberi sempena hari ulang tahun kelahiran Jofliam. Malah, wanita itu juga sempat menyuruh para pengikut di media sosialnya untuk memilih mana satu jam yang masing-masing berharga RM68,300 dan juga RM95,900 untuk diberikan kepada suaminya itu.

Namun begitu, apa yang lebih menyentuh hati netizen adalah kapsyen yang disertakan bersama video kejutan itu yang dikatakan menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Jofliam juga dilihat hampir menitiskan air mata kerana terharu dengan pemberian hadiah mewah oleh isterinya itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menzahirkan perasaan teruja dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke syurga.

Rata-rata pengikut media sosial itu meluahkan rasa kagum kerana kesetiaan pasangan itu yang menghadapi perit getar bergelar suami isteri sepanjang kehidupan berumah tangga.

Aisyah Hijanah
1 year ago

"I'm In Love With Your Husband.." - 'Influencer' Dedah Niqabis Sanggup Jumpa Ibu Suami Untuk Jadi Isteri Kedua

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...