(VIDEO) Kanak-Kanak Hilang Dipercayai Dibunuh Pengasuh, Ibu Meraung Tepi Jeti Undang Sebak Netizen

Berita

(VIDEO) Kanak-Kanak Hilang Dipercayai Dibunuh Pengasuh, Ibu Meraung Tepi Jeti Undang Sebak Netizen

Terdahulu, kes kehilangan kanak-kanak berusia 4 tahun dikenali sebagai Eric Chang Wei Jiw telah mendapat perhatian orang ramai apabila polis mengklasifikasikan kes tersebut kes bunuh.

Susulan itu, tular di aplikasi TikTok video memaparkan ibu kepada kanak-kanak tersebut, Dynasty Chang Ka Hui tidak mampu menahan kesedihannya selepas melawat jeti Kampung Muara Tebas, lokasi mayat anak sulungnya itu dipercayai dibuang.

Advertisement

Menurut laporan Awani, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, usaha pencarian diperluas dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin Wilayah 5, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

eric

Ratapan ibu Eric di Jeti Muara Tebas.

Lebih menyayat hati apabila ibu kepada kanak-kanak itu yang kini sedang sarat mengandung tujuh bulan dilihat hampir pitam selepas meratapi pemergian anak sulungnya.

@tvstvmy

Ratapan ibu Eric di Jeti Muara Tebas #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

? original sound – TVS – TVS

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati melihat keadaan ibu Eric yang sudah tidak bermaya kerana terlalu sedih.

Adoi…dah la mak nya pregnant. – netizen.

Kepada ibu bapa diluar sana, kalau nak cari pengasuh kena selidik dulu latar belakang pengasuh tersebut, jangan biarkan anak-anak jadi mangsa,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ellisa
2 years ago

(VIDEO) "Saya Berlari Ke Rumah Jiran" - Tragedi Renjatan Elektrik, Anak Sulung Kongsi Kisah Sebenar Kejadian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...