(VIDEO) “Janji Sah..” – ‘Accident’ Sehari Sebelum Nikah , Pasangan Tetap Teruskan Akad Dalam ‘Ambulance’

Kehidupan

(VIDEO) “Janji Sah..” – ‘Accident’ Sehari Sebelum Nikah , Pasangan Tetap Teruskan Akad Dalam ‘Ambulance’

Seperti yang kita semua tahu, majlis akad nikah biasanya akan diadakan di masjid, rumah, ataupun dewan.

Namun berbeza pula dengan video tular di aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Fareez Fernandes memaparkan pasangan pengantin yang telah disatukan di dalam ambulance.

Advertisement

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki berada didalam keadaan terbaring di dalam ambulance semasa majlis akad nikah itu berlangsung.

Difahamkan, pengantin lelaki telah terlibat dalam kemalangan sehari sebelum majlis akad nikah dan mengalamni pata tulang peha.

Menurutnya, oleh kerana segala persiapan sudah dibuat, mereka berdua enggan untuk menangguh majlis dan sepakat untuk meneruskan majlis akad nikah di dalam ambulans tersebut.

Jadi segala persiapan dah dibuat, tok kadi pun dah book.. maka nikah saja dalam ambulan epic ever.

@fareezfernandez

#fyp #pengantinviral

? original sound – Muhd Arash – Arashamerrr

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi, ada yang mengatakan majlis pasangan itu unik dan jarang berlaku selain mengucapkan tahniah buat mereka.

Rare betul.. janji sah dah.. tahniah – netizen.

Takpelah yang penting dapat nikah wife nak jaga tak ada masalah dah halal,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

2 years ago

Seronok Berpelukan, Pasangan Kekasih Terkejut Tiba-Tiba Kena Acu Pisau, Disamun Dalam Lif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...