(VIDEO) “Jangan Ingat Bulan Puasa Takde Orang Buat Benda Terkutuk”- Bazar Chef Ammar Di USJ Ditutup

Kehidupan

(VIDEO) “Jangan Ingat Bulan Puasa Takde Orang Buat Benda Terkutuk”- Bazar Chef Ammar Di USJ Ditutup

Kita telah berada di minggu kedua dalam bulan Ramadan, dan nama Cef Ammar masih lagi menjadi bualan. Sebelum ini, pelbagai kisah viral yang melibatkan perniagaan nasi arab lamb shanknya di bazar Shah Alam.

Kali ini bangkit lagi isu berkenaan perniagaan Cef Ammar di mana salah satu cawangan bazarnya di USJ  4, Subang Jaya terpaksa ditutup.

Advertisement

Menerusi TikTok Live cef terkenal yang dikongsikan oleh pengguna dikenali sebagai @ejie, cawangan peniagaan di USJ 4 terpaksa ditutup apabila anaknya yang bersemangat untuk berniaga sebelum ini berubah menjadi lemah dan malas.

Cef Ammar juga menjelaskan bahawa dia telah berjumpa dengan ustaz berkenaan masalahnya dan dimaklumkan bahawa cawangan bazarnya itu telah disihir. Oleh kerana itu, kedai di USJ 4 itu perlu ditutup supaya perkara tidak menjadi lebih teruk.

Beralih ke ruangan komen, netizen menyatakan rasa kecewa dengan sesetengah tindakan manusia yang sanggup menyekat rezeki orang lain dengan menggunakan sihir.

4 bulan lalu

(VIDEO) Bengang Sering Dipotong 'Queue', Lelaki Mengamuk Tak Dapat Beli Nasi Arab Chef Ammar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    April 18, 2022 at 7:45 pm

    mula² viral mcm² pastu semua xjalan sihir jela caranya…tah² mee tonggek tu pon sama je kena sihir…jenis manusia berdengki ni payoh la…dah tau kedai xlaku pedajal ke kedai org yg laku…lg 1 jenis xreti masak nk berniaga

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...