Kecoh dan panik itulah situasi yang dihadapi oleh jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri apabila istana mewahnya bocor dan air mencurah-curah dari atas siling.
Aliff ketika itu sedang berehat sambil melayari laman sosialnya sebelum air tiba-tiba melimpah bagaikan air terjun di bilik dan ruang tamu.
Menerusi video yang dikongsikan menerusi akaun Instagramnya, suasana kejadian ketika itu agak kelam-kabut dan Aliff juga terjatuh ketika meminta bantuan untuk mengalihkan perabot mahalnya daripada terkena air.
Kesian kami dengan beliau, dah la berhabis jutaan ringgit untuk membina dan menghias istananya dengan perabot mahal. Sebelum ini, memang terdapat beberapa masalah berkaitan pembinaan istananya itu sehingga beberapa kali bertukar kontraktor. Namun, perkara seperti ini tidak boleh dipandang remeh dan mampu menjejaskan keselamatan Aliff dan keluarga.