(VIDEO) “Isi Ciput!”- Beli Takoyaki Sotong, Wanita Ini Kecewa Lihat Isi Tak Setanding Harga

Kehidupan

(VIDEO) “Isi Ciput!”- Beli Takoyaki Sotong, Wanita Ini Kecewa Lihat Isi Tak Setanding Harga

Jika anda menggemari makanan ‘street food’, pastinya tahu akan hidangan asal dari negara Jepun iaitu Takoyaki.

Takoyaki yang bermaksud tako (sotong) yaki (bebola tepung) kini divariasi dengan pelbagai inti seperti ayam, daging dan juga isi ketam.

Advertisement

Baru-baru ni ada seorang pengguna TikTok meluahkan rasa sedih kerana takoyaki yang dibelinya itu sangat tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.

Dalam video tersebut, wanita itu berkongsi keadaan makanan yang dipesannya dan terkejut apabila takoyaki perisa sotong itu ‘indah khabar dari rupa’.

Ketika melihat isi dalam takoyaki itu, wanita itu hanya menjumpai isi sotong yang sangat kecil.

Bukan hanya satu bebola takoyaki mempunyai isi seperti itu, tapi semuanya adalah sama di mana isi sotong hanyalah ‘ciput’ dan tidak sepadan dengan harga.

TakoyakiSumber : TikTok 

Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok itu, rupanya ramai yang mengalami kejadian yang sama di mana mereka hanya mendapat ‘bebola tepung’ dan bukannya takoyaki.

Pernah sekali dapat inti daun bawang, ingat jemput-jemput ke letak bawang – netizen

Anda pernah menghadapi pengalaman yang sama? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

rider
2 years ago

“Bawa Makanan Bukan Sampah” - Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...