Dilanda pelbagai kontroversi sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa siri video pelik sehingga ada yang melabelkan beliau gila, pelakon Iqram Dinzly semalam telah dijemput hadir ke program Melodi bagi menjawab segala persoalan yang berlaku kepada dirinya kini.
Episod tersebut menjadi perbualan hangat apabila Iqram ketika ditanya mengenai siapakah gurunya memberitahu salah seorang guru beliau adalah Che Mat. Alangkah terkejutnya penonton saat Iqram menjelaskan yang Che Mat itu merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Harapnya Iqram mahupun pihak penerbit Melodi dapat tampil memberikan jawapan kepada isu ini. Penghinaan terhadap Rasulullah bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.