(VIDEO) Iqram Dinzly Didakwa Hina Nabi Muhammad S.A.W. Gelar Baginda Che Mat

Hiburan

(VIDEO) Iqram Dinzly Didakwa Hina Nabi Muhammad S.A.W. Gelar Baginda Che Mat

Dilanda pelbagai kontroversi sejak beberapa bulan lalu dengan beberapa siri video pelik sehingga ada yang melabelkan beliau gila, pelakon Iqram Dinzly semalam telah dijemput hadir ke program Melodi bagi menjawab segala persoalan yang berlaku kepada dirinya kini.

Advertisement

Episod tersebut menjadi perbualan hangat apabila Iqram ketika ditanya mengenai siapakah gurunya memberitahu salah seorang guru beliau adalah Che Mat. Alangkah terkejutnya penonton saat Iqram menjelaskan yang Che Mat itu merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Kata-kata Iqram itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa aktor itu sudah menghina dan merendahkan nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini juga mendapat perhatian Ustaz Abu Syafiq Al – Asy’ary yang meminta pihak JAKIM serta ahli ulama mengambil tindakan terhadap Iqram.

Harapnya Iqram mahupun pihak penerbit Melodi dapat tampil memberikan jawapan kepada isu ini. Penghinaan terhadap Rasulullah bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh.

Kredit Video : YouTube Asal Artis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...