(VIDEO) Ingatkan Anak Dah Tidur, Bila ‘Check’ CCTV Rupanya Tengah Menangis Tatap Gambar Arwah Abah

Kehidupan

(VIDEO) Ingatkan Anak Dah Tidur, Bila ‘Check’ CCTV Rupanya Tengah Menangis Tatap Gambar Arwah Abah

Tidak dapat digambarkan kesedihan anak-anak yang sudah memahami erti kehilangan apabila mereka mendapat tahu ibu atau bapa sudah pergi buat selamanya.

Perkongsian video seorang ibu baru-baru ini mengundang sebak ramai netizen di TikTok selepas dia menunjukkan keadaan anaknya yang merindui arwah bapa.

Advertisement

Rakaman tersebut menunjukkan anak-anak mereka di dalam bilik dan ketika itu dia mahu periksa jika mereka semua sudah tidur.

Menerusi video itu, anak lelakinya dilihat belum tidur dan seperti sedang mengambil sesuatu dan menunjukkan kepada adiknya yang baring di sebelah.

Rupa-rupanya, barang yang diambil oleh anak lelakinya itu sebelum ditunjukkan kepada si adik adalah gambar arwah bapa mereka.

Difahamkan, suaminya telah meninggal dunia empat tahun yang lepas dan tindakan anaknya itu menatap gambar si ayah membuat dia berasa sebak.

Nangislah kalau dengan cara tu dapat legakan hati. Mama tau bang ngah kuat. Anak-anak mama semua kuat. Mama dan arwah abah sayang semua dunia akhirat.”

Perkongsian wanita itu turut mengundang sebak lebih sejuta netizen yang menonton video berdurasi 6 minit tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Otak Tu Biar Terbuka Sikit" - Guna Tali 'Anti-Lost' Pada Anak, Wanita Kecewa Ada Yang Kata Macam Bawa Anjing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini